dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

DiLea Webinar Berkala Math Edisi ke-7- F2 & F3

8 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Ogos 2026, telah berlangsung DiLea Webinar Berkala Math Edisi ke-7- F2 & F3. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 pm sehingga pukul 04:30 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar mengenai pengenalan Algebra, iaitu pemboleh ubah ialah kuantiti yang tidak diketahui nilainya, kedua, sebutan Algebra terbahagi kepada 2 iaitu sebutan Algebra serupa seperti 4x dan 7x, dan sebutan Algebra tidak serupa seperti x3 dan 2y, ketiga jika dua ungkapan Algebra linear didarabkan, kembangkan boleh dilakukan seperti berikut x(x+y) = x2 + xy, dan sebagainya. Selain itu, pelajar belajar mengenai pengembangan Algebra seperti 3 (a +2), -3(2b-6) dan sebagainya. Seterusnya, pelajar belajar mengenai pemfaktoran Algebra contohnya 8y, 8y2, 18ef, 12df, 33f2 dan sebaginya. Akhir sekali, pelajar belajar mengenai pecahan Algebra iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.